Hantu Kak Limah Dan Jin Pakai Toncet 2013
Sinopsis: Beberapa tahun selepas kejadian “Hantu Kak Limah”
Husin telah bangkrap akibat ditipu skim cepat kaya telah kembali semula
ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan
geng-geng yang lamanya dan juga Mon, wanita yang mula-mula mengisi taman
hatinya semasa Kampung Pisang di landa Zombi dan penyebab kepadanya
hendak berjaya walaupun tidak mempunyai SPM. Namun beberapa hari selepas
itu Kampung Pisang telah dilanda sesuatu perkara yang aneh. Nampaknya
sejarah misteri seratus tahun dulu berulang kembali. Kejadian kehilangan
lelaki-lelaki teruna di Kampung Pisang kembali menghantui. Dalam
kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya sibuk merancang
rombongan ke Singapura dan menawarkan Husin menjadi pembantunya. Namun
begitu, masalah menjadi semakin rumit apabila Husin sendiri telah
didapati hilang dirumah oleh Usop dan kawan-kawannya. Kesan yang tinggal
hanyalah bekas bungkusan Maggi dari Singapura.

No comments:
Post a Comment